Monday, March 9, 2009

Jom join UKM SPIN

UKM SPIN (Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif) merupakan sistem e-learning yang digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh melayari SPINs etiap masa dan di mana jua melalui sambungan internet.

Langkah-langkah untuk pendaftaran SPIN:

  • Layari ke laman web SPIN iaitu http://www.spin.ukm.my. Anda akan lihat paparan seperti di bawah.
  • Klik 'Pelajar' di ruangan 'lupa Kata Laluan/Pengguna Baru'.

  • Masukkan no.matrik di ruangan yang disediakan (paparan seperti di atas). Kemudian klik 'Hantar'. Kemudian masukkan maklumat emel di ruangan yang disediakan.Sila pastikan maklumat e-mel anda dikemaskini dalam SMPWEB supaya SPIN dapat menghantar kata laluan melalui e-mel.
  • Sekiranya maklumat di atas tepat, sila klik Hantar. Kata laluan akan dihantar kepada anda melalui e-mel.Sekiranya maklumat e-mel tidak tepat, sila kemaskini di SMPWEB dan dapatkan semula kata laluan pada hari berikutnya melalui Sistem SPIN.
  • Apabila kata laluan telah diberikan, anda bolehlah melayari Spin dengan megisi ruangan 'Log Masuk'. Sekiranya anda ingin menukar kata laluan yang diberikan, anda boleh klik 'Change Pasword' di bahagian My Profile.


Kepentingan UKM SPIN


Bagi saya, SPIN telah memberi banyak kemudahan kepada pelajar-pelajar mahupun pensyarah. Melalui SPIN, pelajar boleh berdiskusi dengan pensyarah dan kawan-kawan mengenai sesuatu topik secara maya. Ini kerana, pensyarah mungkin kesempitan masa untuk membuat perjumpaaan dengan pelajar. Selain itu, pelajar juga boleh memuat turun nota, tutorial mahupun tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Pensyarah juga boleh membuat sebarang pengumuman di SPIN dan pelajar hanya perlu sentiasa melayari laman web SPIN untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini. Dengan ini penjimatan tenaga dan masa juga dapat dilakukan.

Apalagi kawan-kawan, gunakanlah kemudahan yang diberikan sebaik-baiknya.

Monday, March 2, 2009

Jemput kawan-kawan ke Yahoo Group...

Assalamualaikum...

Seperti biasa, saya akan ceritakan apa yang saya lakukan dalam kelas tutorial Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Pada minggu lepas, kami dikehendaki menjemput kawan-kawan menjadi ahli Yahoo Group masing-masing..

Ini adalah langkah-langkah bagaimana menjemput kawan-kawan anda menjadi ahli group:

1. Mula-mula anda dikehendaki ke halaman group anda.

2.Kemudian klik pada ruangan 'Members'



3. Klik 'Invite People' di penjuru kanan halaman.





4. Sila masukkan email kawan yang ingin dijemput diruangan yang disediakan. Anda dibenarkan untuk memasukkan email kawan-kawan maksimun 50 orang untuk setiap jemputan. Kemudian klik 'Submit Invite'.




Apa lagi kawan-kawan..'Invite' lah ke group anda....:)

My JouRnEy..

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker